Monday, March 2, 2009

mimi cerita tribute untuk pak tok


hi all...lepas mama stopped updating, mimi betul2 frust sebab mimi ada banyak cerita nak syer kat sini. Tapi mama kata it's ok, mimi boleh start from anywhere I like. lepas fikir-fikir, mimi rasa mimi nak start from hari pak tok mimi meninggal about one year ago.

Very sad...bila mimi ingat mimi dah tak ada pak tok lagi nak bermanja. bukan mimi je, muna, darling, umar, nawrah, kechah, harith, kacheh, mud pun dah tak ada pak tok lagi. Now, our family baru dapat new family member....Maryam Nadyne, she was born on the 3/2/09. Nanti mimi cerita lagi pasal nadyne sebab mimi nak sambung cerita pak tok dulu. Since mimi is the eldest grandchild....mimi ingat biarlah mimi yang cerita kat sini sebab yang lain-lain mesti belum pandai nak cerita kan, mesti tak tau nak pakai computer sebab kalau bukan mimi....umar, umar dengan harith pulak asyik main PS2 je....umar lagi la tak boleh harap....mak long kata umar tak pandai buat karangan....macamana dia nak cerita kat sini kannnnn???

Tak pe la....to cut it short....enjoy reading my story on beloved PAK TOK

Pak Tok......

Pak Tok mimi meninggal 1/2/08, hari jumaat 11.30 malam. Pak Tok meninggal kat Institut Jantung Negara, Jalan Tun Razak, KL. seminggu mimi, mama, mak tok and semua menunggu pak tok kat sana. mama & papa, mak long & pak long, mama de & pokde, moksu & poksu gilir2 berulang-alik visit pak tok kat IJN. Kami pun berkampung sekali kat lobby IJN....semuanya demi Pak Tok.

Pak Tok warded 24/1/08 lepas buat monthly check up, and he was advised to procede with the bypass operation sebab condition pak tok memang dah teruk. kalau ikutkan pak tok memang tak mau operate sebab pak tok kata dia ok. yang mimi ingat, semua orang cuba pujuk pak tok...sampai lah on the 28/1/08 tu pak tok agreed for the procedure. Alhamdulillah, semua orang senang hati, sebab semua orang yakin sangat pak tok will get the best treatment through this operation. yang buat semua orang sedih, masa pak tok nak sain borang nak operation tu, pak tok kata dia "sain mati" and semua orang dah sedih. lepas tu, petang yang sama tu, kami semua salam maaf-maaf dengan pak tok, kami peluk pak tok macam tak nak lepas. mimi tengok pak tok sangat tenang....dia diam je masa semua orang salam dan peluk2 dia.

petang tu, pak tok suapkan kami semua cucu-cucu makan kat atas katil dia. apa yang ada semua habis dia suapkan kitorang. macam doktor bagitau kat mak tok, mama and semua orang bagitau....operation tu memang sangat high risk tapi at least pak tok ada chances to be better. mana tau, lepas kami jumpa pak tok petang tu....esoknya pukul 8.00 pagi pak tok masuk dewan bedah pastu selamat menjalani pembedahan tu pukul 3.30 petang....lepas tu kami dah tak dapat jumpa pak tok lagi. cuma orang dewasa je boleh visit pak tok dalam ICU. walaupun kami cucu2 tak dapat masuk tengok pak tok tapi setiap hari kami ada kat IJN tunggu perkembangan terkini pak tok.

sampai lah, saat pak tok dijemput Allah yang maha Besar....akhirnya pak tok meninggal malam jumaat 1/2/08 tu, kami semua sangat-sangat sedih. mimi, muna, darling, umar, nawrah, nawwar (cucu favorite pak tok sebab dia memang manja dengan pak tok), harith, kaseh, mud semua sedih. mimi sedih tengok mak tok sebab kami semua dah tak ada pak tok lagi. mak long, mama, mama de, poksu semua dah tak ada ayah....semua rasa sedih. malam tu jenazah pak tok selamat diuruskan di IJN, lepas tu kami semua balik ke parit jawa. esoknya 2/2/08 pak tok selamat dikebumikan. kubur pak tok kat atas bukit betul2 dekat dengan kawasan lapang. senang kami nak melawat pak tok sebab kereta boleh park dekat dengan kubur pak tok.

sekarang mak tok dah buat kepok kat kubur pak tok, bersih je warna putih. boleh dikatakan hampir setiap minggu kami ziarah pak tok. kubur pak tok sentiasa bersih, walaupun ada banyak pokok sekeliling tu. mimi pun mesti ikut ziarah kalau mak tok, mama and papa pegi hari sabtu atau ahad. tapi biasanya diorang pergi hari jumaat, hari sekolah tu yang mimi tak dapat ikut sekali. tapi tak pe, sebab mimi dan cucu-cucu pak tok yang lain selalu sedekahkan al-fatihah untuk pak tok, setiap masa. kami nak pak tok tau, kami semua selalu ingatkan pak tok, dan sangat-sangat sayangkan pak tok.

dah panjang dah mimi cerita pasal pak tok, tapi mama kata tak apa sebab we are free to say anything here.....lepas ni, mesti muna and darling nak sambung jugak. mimi pun ada banyak homework to do. So...I'll be back.......soon!!!

No comments: